Penerbitan Khaenak: Serangan Pocong

Untuk filem ini, menurut pengarahnya Emma Kasmuri, filem ini berbeza dengan dua filem sebelumnya dan pada mulanya ia menelan belanja sebanyak RM50,000 sahaja, kemudian meningkat kepada RM150,000. Tajuk asal filem ini ialah Khaenak 3, kemudian digantikan angka ‘3’ itu dan menggunakan judul Khaenak: Serangan Pocong.[3][4]

Sepanjang proses penggambaran, mereka berdepan dengan beberapa perkara mengejutkan di lokasi penggambaran. Menurut Emma, “Ketika hari kedua penggambaran, sewaktu babak buka ikatan tali pocong dilakukan ketika pukul 12.00 tengah malam, pelakon yang membawakan watak pocong itu tiba-tiba pengsan. Saya ada di lokasi kejadian ketika itu, dan melihat sendiri apa yang berlaku. Pelakon terlibat pengsan sehingga muka dia tersembam ke tanah. Kemudian, pelakon utama iaitu Apak juga turut mengalami kejadian aneh ketika babak menunggu pocong atas motor, Apak terasa seolah ada yang menarik kakinya".[5][6]